1
Apakah SPAS & SPLS program?
SPAS & SPLS adalah 2 sistem yang digabungkan menjadi satu sistem utama untuk kemudahan para pelajar, guru dan ibubapa.
Sistem-sistem tersebut dibina secara khusus menggunakan teknologi masa kini yang mampu memudahkan, menjimatkan serta memberi kecemerlangan kepada setiap pelajar.
2
Apakah kelebihan SPAS + SPLS?
SPAS merupakan sistem pemantauan yang lebih kepada para guru dalam menganalisa pencapaian pelajar. SPLS pula merupakan sistem latihan yang menggunakan pendekatan output dan input dalam latihan.
Hasil gabungan gabungan SPAS + SPLS akan menghasilkan sistem peningkatan kecemerlangan pelajar dengan mudah dimana pelajar diberi latihan dengan dibekalkan dengan pendekatan output dan input manakala guru menganalisa pencapaian pelajar seterusnya mudah meningkatkan pemahaman keatas topik yang pelajar lemah.
3
Kenapa pendekatan output dan input perlu untuk kecemerlangan pelajar?
Dalam pendekatan output, pelajar disoal berkaitan topik yang telah dipelajari di dalam kelas. Pada ketika itu pelajar cuba mengingati maklumat-maklumat penting berkaitan soalan tersebut seterusnya cuba menjawab soalan itu.
Manakala dalam pendekatan input, pelajar dibekalkan terus jawapan sebenar bagi soalan tersebut. Dalam masa yang sama pelajar akan cuba memperbetulkan fahaman terhadap apa yang difahami.
Dengan menggunakan kedua-dua pendekatan ini, ia bakal menjimatkan masa pelajar seterusnya boleh memahirkan terhadap setiap topik yang dipelajari.
4
Kenapa SPLS penting untuk pelajar?
Semua kita tahu, dengan latihan dapat menguji tahap kefahaman seseorang. Dengan latihan juga dapat meningkatkan tahap kefahaman seseorang. Jadi sekiranya seseorang pelajar itu ingin cemerlang, pendekatan paling baik adalah dengan perbanyakkan latihan.
5
Kenapa SPAS penting?
SPAS adalah merupakan sistem pemantauan. Jadi dengan adanya SPAS, sistem ini akan membantu memudahkan guru dalam memantau tahap pencapaian pelajar. Dalam erti kata lain, guru matapelajaran dapat mengetahui titik kelemahan pelajar.
Sebenarnya, dengan mengetahui titik kelemahan pelajar lebih memudahkan guru meningkatkan prestasi pelajar. Latihan diberi berdasarkan topikal, bermakna guru lebih mudah meningkatkan pencapaian pelajar (secara spesifik) kerana tahu topik pelajar lemah berbanding hanya tahu subjek yang lemah. Kami yakin, guru tidak mampu mengatasi kelemahan pelajar sekiranya hanya tahu subjek lemah. Tetapi guru pasti mampu membentuk 100% pelajarnya cemerlang sekiranya tahu topik pelajar lemah.
6
Bagaimana kaedah perlaksanaan SPAS + SPLS?
SPAS dibina kepada sekolah-sekolah yang berminat, manakala SPLS ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Jadi kami cadangkan untuk kecemerlangan pelajar :-
a. Guru matapelajaran memberi latihan kepada pelajar menerusi SPLS.
b. Guru matapelajaran menilai tahap pencapaian melalui SPAS.
c. Guru matapelajaran menganalisa kekuatan/kelemahan pelajar melalui analisis pelajar dalam SPAS.
Seterusnya guru matapelajaran dapat mengatasi kelemahan pelajar yang telah dikenalpasti dengan cara tersendiri sebagai contoh pengagihan kumpulan mengikut topik lemah seterusnya perbentangan kumpulan. Selalunya penyampai akan kaji sepenuhnya topik yang akan disampaian berbanding pendengan. Dalam konsep ini topik tersebut akan disampaikan oleh pelajar lemah topik itu, jadi InsyaAllah pencapaian pelajar (lemah dalam topik tersebut) akan meningkat.
7
Kenapa SPAS + SPLS penting buat Guru, Pelajar dan Ibu Bapa?
Guru : SPAS direka khas untuk memudahkan guru memberi latihan, memeriksa jawapan serta merekodkan markah. Guru hanya perlu beri tugasan seterusnya menganalisa pencapaian. Jadi dengan adanya SPAS + SPLS dapat menjimatkan masa guru dalam penyediaan soalan, memeriksa kerts serta merekodkan markah pelajar.
Pelajar : SPLS direka khas untuk kemudahan pelajar menguji kefahaman terhadap topik-topik yang telah dipelajari seterusnya bagi soalan yang dijawab dengan salah, jawapan akan keluar serta merta bagi menjimatkan masa pelajar dalam mencari jawapan serta memudahkan pelajar memberi tumpuan pada titik-titik tertentu.
Ibu Bapa : Kita sedia maklum seorang anak belajar lebih daripada 5 matapelajaran setiap tahun, sedangkan sebagai seorang ibu/bapa pasti tidak arif dalam kesemua apa yang dipelajari oleh anak-anak. Jadi, melalu SPAS + SPLS kami membina satu pendekatan mudah yang menjimatkan masa ibu bapa pelajar dalam membentuk pelajar ke arah kecemerlangan.
8
Bagaimana untuk dapatkan SPAS + SPLS?
SPAS ditawarkan secara percuma kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Sekiranya berminat, sila lengkapkan maklumat yang diperlukan didalm halaman tersebut :
Borang maklumat SPAS
SPLS hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar di dalam sekolah-sekolah yang menerima penggunaan SPAS. Senarai sekolah boleh dirujuk di sini :-
Senarai Sekolah SPAS + SPLS.
Pelajar-pelajar boleh mendapatkan SPLS melalui koperasi sekolah anak anda dengan harga promosi hanya RM 8.00 sebulan bagi seorang pelajar.