Guru rancang dan beri latihan secara sistematik kepada pelajar. Waktu pelajar dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya secara disiplin bukan secara tekanan.
Latihan diberi untuk guru kenalpasti titik lemah pelajar agar lebih mudah peningkatan kecemerlangan pelajar.
Pelajar lebih mudah menguruskan waktu untuk belajar , bersukan dan lain-lain aktiviti.
Tidak perlu memperuntukkan waktu yang lama untuk belajar. Hanya perlu lakukan secara konsisten. Sudah pasti kejayaan besar diperolehi.
Bila perancangan secara sistematik, sudah pasti buat juga secara sistematik. Bila buat, InsyaAllah kejayaan dalam genggaman pelajar.
tak perlu banyak , sikit-sikit jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan banyak.
Pemantauan, satu perkara paling penting untuk kecemerlangan. Dengan sistem SPAS + SPLS, pemantauan lebih mudah dilaksanakan.
Dalam SPAS melalui SPLS, guru lebih mudah mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan topikal.
Bila masalah dikenalpasti, pasti mudah menyelesaikannya. Jimat masa pelajar dan jimat masa guru.
Kenalpasti kelemahan, seterusnya atasi.Setiap kecemerlangan lebih mudah diperolehi sekiranya kita tahu dimana kelemahan serta berjaya mengatasi kelemahan tersebut. Tetapi, setiap kelemahan pasti lebih mudah diketahui bila kita praktikkan. Malah setiap perlaksanaan akan lebih mudah dilakukan sekiranya kita ada perancangan yang sistematik. "
Mohd Fadhliyuddin Saarani
Founder SFFP Group